BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 4 Januari 2012

Subhanallah indanya pelangi itu

Assalamualaikum pembaca semua..entry kali ni cik pinky nak berbicara tentang pelangi..masa cik pinky masih lagi alam kanak kanak rebbena =) cik pinky selalu fikir pelangi bermula di mana dan berakhir di mana..sekarang baru cik pinky sedar ilmu kita terbatas..ilmu Allah sangat luas..Subhanallah sungguh hebat Allah ciptakan alam yang sangat unik ciptaannya..Maha Besar Allah jadikan bumi dan seluruh isinya sangat unik dan tak tercapai oleh akal kita untuk memikirkan zat Tuhan yang Maha Hebat ini.Cik pinky sangat suka pelangi..dan bermimpi nak jadi pelangi hehehe..maksud cik pinky..cik pinky nak jadi pelangi yang sentiasa warnai hidup orang disekeliling cik pinky...biarlah warna itu terus warnai mereka..cik pinky nak jadi pelangi yang sentiasa orang memuji kecantikan dan keindahan tujuh warna pelangi itu...

Redha dengan jodoh kita

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...entry pada pagi yang sangt- sangat indah ini..cik pinky nak kongsi sepotong doa agar kita redha akan jodoh kita...sama-sama amalkan doa ini...=)

   
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim
Jika ada dua pilihan dan diantaranya dia tentu aku akan memilihnya
Jika ada sepuluh pilihan dan diantaranya adalah dia tentu aku akan memilihnya
Jika ada seratus pilihan dan diantaranya adalah dia tentu aku akan memilihnya dan
Jika hanya ada satu pilihan dan tidak ada dia dalam pilihan itu maka aku pun akan menerimanya
sebagai pemberian terbaik dariMu..aku tidak akan memaksa diriku untuk memilihnya.
Buatlah aku mencintai pilihan yang Kau berikan 
Buatlah aku menyayangi pilihan yang Kau amanahkan 
Amin

La Tahzan...wahai hati janganlah bersedih

Jika kamu berada dipagi hari janganlah menunggu senja tiba.Hari inilah yang akan anda jalani bukan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya dan juga bukan hari esok yang belum tentu datang .Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda,inilah hari anda ,umur anada mungkin tinggal hari ini,maka anggaplah masa hidup anda juga hari ini atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.Dengan begitu hidup anda tidak akan tercabik-cabik antara gumpalan keresahan,kesedihan dan duka masa lalu yang dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian dan seringkali menakutkan.Pada hari ini pula sebaiknya anda mencurahkan seluruh perhatian,kepedulian dan kerja keras.Dan pada hari inilah anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk,bacaan al quran yang sarat dengan tadabbur,zikir dengan sepenuh hati,keseimbangan dalam segala hal,keindahan dalam akhlak dan kerelaan dengan semua yang Allah berikan ...perhatian terhadap keadaan sekitar.perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta perbuatan baik sesama.Pada hari ini dimana anda hidup saat inilah sebaiknya anda membagi waktu dengan bijak,tanamkan kebaikan sebanyak-banyak pada hari ini dan mempersembahkan sesuatu yang paling indah untuk hari itu..beristigfarlah atas semua dosa ingatlah selalu kepadaNya bersiap-siaplah untuk sebuah perjalanan menuju alam keabadian dan nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagiaan,Terimalah rezeki,suami,isteri,anak-anak,tugas-tugas dirumah dan ilmu anda hari ini dengan penuh keredhaan .'Maka berpegang teguhlah dengan apa yang aku berikan kepadamu dan menandakan kamu termasuk orang yang bersyukur (surah al a'araf:144).Hiduplah hari ini tanpa kesedihan.kegalauan,kemarahan.kedengkian dan kebencian,jangan lupa hendaklah anda goreskan pada dinding hati anda dengan satu kalimat "harimu adalah hari ini " yakini bila hari anda dapat memakan nasi hangat yang harun baunya,maka apakah nasi yang telah  anda  makan kelmari atau nasi hangat esok hari yang belum tentu ada itu akan merugikan anda? Jika anda dapat minum air jernih dan segar hari ini,maka mengapa anda harus bersedih atas air pahit yang anda minum kelmarin atau mengkhuatirkan air hambardan panas esok hari yang belum tentu terjadi..Jika anada percaya pada diri sendiri dengan semangat dan tekad yang kuat anda maka akan dapat menundukkan diri untuk berpegang pada prinsip"aku hanya hidup hari ini" prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan,menyeimbangkan potensi dan mensucikan setiap amalan.Dan itu yang membuat anda berkata dalam hati "Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik sahaj.tidak berucap kotor yang menjijikkan,tidak akan pernah mencela,mengherdik dan juga membicara keburukan orang lain,hanya hari ini aku berkesempatan menertibkan rumah dan pejabat agar tiadk bersepah atau berantakan dan kerana hanya hari ini sahaja aku akan hidup,maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku,kerapian penampialnku,kebaikan tutur kata dan tandukku,kerana hanya hidup harri ini,maka  aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Rabb,mengerjakan solat sesempurna mungkin.membakali dengan soalat sunat,berpegang teguh kepada al Quran dan mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat.Aku hanya hidup hari ini,aku akan tanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dari pohon-pohon kejahatan juga ranting-rantingnya yang berduri baik sifat takkabur.ujub,riyak dan buruk sangka.Hanya hari ini aku dapat menghidupakan udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulur tangan kepada sesiapapun,aku akan menjenguk mereka yang sakit dan menunjuk jalan yang benar.Aku akan hidup hari ini..wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai seperti mataharimu aku takkan pernah menangisi kepergianmudan kamu takkan pernah melihatku,termenung sedikit pun untuk mengingatimu kamu telah meninggalkan kami semuapergi dan takkan pernah kembali lagi....wahai masa depan engkau masih dalam keghaiban,maka aku takkan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk dugaan...aku pun akan takkan bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada,kerana esok dan hari ini adalah sesuatu yang belum diciptakan.....petikan dari buku La Tahzan karya Dr Aids Al QArni....jadi bagi siapa-siapa sedang bersedih bacalah entry ini atau buku ini..=)

Selasa, 3 Januari 2012

Ikhlas kerana Allah


Assalamualaikum semua...urm entry kali ni cik pinky nak nak discuss tntang biarlah ikhlas kerana Allah...adakah perlakuan kita sehari-hari niat kerana Allah..tepuk dada tanya iman...contohnya dalam solat adakah kita lakukan ikhlas kerana Allah? Kalau kanak-kanak mungkin mereka lakukan solat kerana takut ibu bapa marah,tak kurang juga untuk dapat habuan...apapun alasannya mereka masih kanak-kanak...apa sangat yg mereka tahu..namun sbg ibu bapa..why not kita didik anak kita kenal Allah..biarlah mereka tahu..solat itu wajib dilakukan dan niatnya biarlah  jelas kerana Allah...bukan sahaja dalam solat tetapi dalam hal-hal lain..apapun ikhlas itu tak dapat dilihat oleh kata-kata..namun ia jelas di dalam hati...Bercakap soal ikhlas cik pinky kadang2 lari dari landasan sebenar...ya susah nak pegang kata-kata ikhlas dan orang takkan nampak apa itu ikhlas...namun apa yang penting belajarlah ikhlas mencintai diri sendiri...mencintai Allah serta RasulNya dan mencintai saudara seagama..sentiasalah berdoa...agar Allah tanam sifat ikjlas dalam diri kita Insyaallah...=)

Jodoh itu rahsia Allah


Assalamualaikum...pembaca setia blog cik pinky...=) urm entry kali ni topik tentang jodoh...heheheeh..apa senyum2...urm korang kalau cik pinky discuss topik cepat je..nk baca hehehehe...oklah disebabkan korang tak sabar nk baca jom kita baca entry kali k......cakap soal jodoh semua org tau jodoh,ajal maut,rezeki semuanya Allah dah tetap di luh mahfuz lagi...sebab tu kita kene percaya akan qada dan qadar yg tertulis utk kita...jangan tnya siapa jodoh kita sbb Allah itu lebih hebat perancangannya berbanding kita,,jes kita hnya merancang namun Allah jualah yg tentukn sgala2nya...jadi tak hairanlah jika pasangan yg dah lama bercinta tapi tak kahwin2 jugak..tu sbb Allah dah tulis jodoh dieorang masing....jadi jgn ingat pasangan kita skang ni ialah jodoh kita,,,belum tentu lagi dia jodoh kita...jadi jgn terlalu mengharap dan membri kepercayaan sepenuhnya kpd pasangan kita...sebab jodoh itu rahsia Allah,tak siapa tahu,tak siapa menduga siapa jodoh kita...ia akan dtg bila pada waktu yg tepat dan masa tu kita tak boleh menolak...jadi kita kene selalu berdoa agar dapat jodoh yg baik...Allah telah berfirman bahawa 'lelaki yang baik hanyalah untuk wanita yang baik,begitulah sebaliknya,manakala lelaki yang tak baik hanyalah untuk wanita yang tak baik begitulah sebaliknya'...jadi jgn bertnya siapa jodoh kamu...ia akan datang bila tepat waktu dan masanya...kalau kita baik insyallah..Allah akan hantar jodoh yg baik utk kita...kalau tak sebaliknya yg kita akan dapat...urmm...baiklah setakat ini saja cik pinky boleh share ngan korang soal jodoh...apa? cik pinky dah  berpunya atau belum? owh...biarlah rahsia...cik pinky slalu berdoa agar suatu hari nnti cik pinky akan dpt jodoh yn baik insyaallah...jgn tnya lagi soalan cepu mas tu k....bila berkahwin nnti cik pinky jemput korang k..hehehe apa ni cik pinky melalutlah pulak kui kui kui....

Ahad, 1 Januari 2012

Bagaimana untuk istiqamah

Assalamulaikum pembaca setia blog menulis dari hati...hari ni cik pinky ada topik menarik nak kongsi dengan korang semua..baiklah apa itu istiqamah? Bagaimana nak istiqamah? Istiqamah ialah berterusan melakukan kebaikan dan tidak berpaling walau sedikit.Yes memeang susah nak pegang istilah istiqamah dalam diri kita,namun why not kita cuba dulu..baru kita tahu rasa istiqamah.Contohnya kalau sebelum ni kita jarang2 solat why not kita ubah diri kita penuhkan solat lima waktu,urm apa? susah? yes sebab tu kita kene cuba..korang kene ingat solat tu tiang agama,solatlah yang pertama akan disoal apabila akhirat kelak...jadi kita kene tanam dalam diri agar istiqamah melakukan solat wajib dan ditambah pulak solat2 sunat yang lain insyaallah syurgalah tempat kita nanti.Jangan pernah jemu untuk kejar bekalan akhirat..dan jangan ingat hidup didunia ni untuk selamanya..ingat kita masih ada akhirat..tanam perkataan istiqamah sedalam2nya k dan sentiasa berbaik sangka kepada Allah SWT...Sebanyak mana pun dosa kita,sebesar mana pun dosa kita ingat Allah itu maha pengampun..dan Allah sentiasa membuka pintu taubatnya untuk hamba2nya yang berdosa..so teruskan istiqamah ke arah kebaikan...insyaallah ganjaran besar yang kamu dapat iaitu pahala.. doakan cik pinky  sentiasa istiqah ke arah kebaikan.....salam sayang dari cik pinky =)