BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 17 November 2012

Cinta VS cita-cita

Assalamualaikum semua pembaca..alhamdulillah hari ni cik rasya masih diberi kesempatan menjenguk dunia kecil ini hehe agaknya dah lama cik rasya tak menulis entry yang baru,dan cik rasya pasti kalian mesti boring asyik duk baca entry yang sama berulang kali...maklumlah cik rasya memang sibuk kebelakangan ni..baiklah entry kali ni cik rasya nak kupas tentang tajuk yang hangatlah boleh katakan iaitu CINTA VS CITA-CITA Hmm cik rasya pasti semua orang tahu apa itu cinta kali cik rasya nak sentuh lebih dalam makna cinta...cinta itu bererti kasih sayang,lawan kepada cinta adalah benci betul tak? =) Pengertian cinta itu luas jadi cik rasya nak petik makna cinta dari sebuah buku yang bertajuk Kisah Cinta Dalam Al Quran hasil karya dari TG Haji Nik Aziz Nik Mat yang merupakan ulama yang beri pengaruh besar dalam dunia politik dan beliau merupakan Menteri Besar Kelantan iaitu negeri kelahiran cik rasya...wahhh rasa bangga pula jadi rakyat kelantan..baiklah kita teruskan tajuk yang ingi cik rasya kupas.Pengertian Cinta adalah.kecenderungan jiwa kepada sesuatu yang dilihat,dikira dan dirasa baik.Cinta yang agung adalah Cinta Allah kepada para hambaNya adalah bentuk redha Nya kepada diri mereka yang disertai kebaikan-kebaikan Allah adalah bentuk pentadziman (pengagungan) kepadaNya yang terwajahkan dalam perilaku ketaatan kebaktian dan rasa tunduk yang tulus dalam menjalankan amal ibadah dan ubudiyyah kepadaNya...itulah definasi Cinta sebenar-benarnya.Cik rasya semakin memahami cinta yang agung hanyalah kepada Allah swt.Dialah pemilik hati kita semua.Biarpun cinta itu punya banyak definasi namun cik rasya tegaskan bahawa dengan cinta Allah kita bisa memiliki apa sahaja kerana cinta Allah cukup menceritakan kepada cik rasya tentang cinta yang cik rasya inginkan semoga cik rasya lebih memahami cinta tidak hanya ditujukan kepada manusia semata-mata tapi Cinta itu lebih kepada pencipta.Baiklah dalam menggalas tanggungjawab cik rasya sebagai hambaNya, anak kepada kedua ibubapa dan adik kepada abang -abang dan kakak-kakak tentunya cik rasya punya amanah yang besar iaitu menuntut ilmu..itulah dipanggil cita-cita yang cik rasya ingin katakan...sungguh besar tanggungjwab yang diberikan kepada cik rasya namun cik rasya pasti akan menjaga amanh ini sebaik mungkin dan cik rasya ingin mencapai cita-cita nak jadi daie dan dalam masa yang sama nak jadi pensyarah..justeru dengan cinta vs cita-cita cik rasya lebihakn cinta Allah kerana Dia cik rasya masih berada di sini..kasih sayangNya begitu luas sehingga cik rasya memikul amanah dariNya

Ya Allah bantulah aku agar sentiasa mencintaiMU 

Sabtu, 27 Oktober 2012

Analogi Rumput Dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Dia yang tak memahami

Assalamualaikum semua...hmmm korang mesti tertanya2 cik rasya nih macam chips small kejap ad kejap x de...hehehe cik rasya faham...situasi cik rasya skang ni ssah nak mmbuat cik rasya mengadap dunia kecil nih hehe...blog nih cik rasya nak namakan dunia kecil..sebab cik rasya nak share ngan korang dunia kecil cik rasya...hmmmm cik rasya tau korang mesti nak dengar citer indah si gadis bernama cik rasya nih dah berpunya atau belum? ...kikikiki...soalan tu cik rasya tak nak jawab sbb klau cik rasya jwb timbul pelbgai kontrovrsi hahaha...even cik rasya nih bukanlah artis mahupun personaliti tv yang kebanyakan menimbulkan spekulasi oleh orang luar...cik rasya hanyalah seorang gasdis yang sangt cintakan dunia penulisan dan cintakan bahan bacaan malah berbagai jenis bahan ilmiah mahupun tidak menjadi habuan cik rasya setiap hari ..tak makan pun xpe klau dah dpt mngadap buku....oklah cik rasya tak nak citer panjang2 hari cik rasya nak sharing is caring ngan korang tntang something ni..sbnarnya cik rasya ad trasa hati nan someone nih...korang jgn risau...yg pnting bkan korang hehehe...baiklah someone nih kira orang yg terpnting jgaklah pada  cik rasya..bukan ap kami ad krisis sikit...cik rasya x suka gduh2 then cik rasya buat keputusan nak take time tuk cik rasya...cik rasya sbnarnya tak nak panjangkan hal ini...jd cik rasya gtau dia yang cik rasya butuh waktu untuk cik rasya brfikir secara rasional,,,paling tidak cik rasya nak cri ketenangan skejap agar penjelasan slepas ini cik rasya trima dgn hati terbuka tnpa menyalahkan mna2 pihak...cik rasya pun tak tahu sma cik rasya yang tak memahami atau si dia yg x memahami situasi buat mse ini...sbb tu tjuk tuk hari nih DIA YANG TAK MEMAHAMI....

Jumaat, 14 September 2012

Wasiat Iman Syafie

Bertakwalah kalian kepada Allah
Bayangkan akhirat dalam kalbumu
Jadikan bayangan kematian berada di pelupuk matamu
Jadilah orang yang mahu kepada Allah 
Jauhilah larangan-larangan Allah 
Dan kerjakanlah kewajiban-kewajibannya 
Tetaplah konsisten bersama kebenaran
Dimanapun engkau berada
Jangan sesekali meremehkan nikmat yang diberi Allah 
Walaupun kecil sambutlah ia dengan rasa syukur

Catatan Kebahagian 1

Assalamulaikum ikhwan wa akhowat..semoga kalian semua dalam lindungan Allah swt..baiklah hari ni cik rasya mula nak menulis tentang catatan kebahagian cik rasya sepanjang berada di pondok Ad diniah Al yusuffiah gelang mas, pasir mas kelantan.Jadi kalau kalian cuti2 ke sudi2lah menjenguk gedung ilmu kami di pondok ad diniah.Pusat pengajian pondok yang masih lagi mengekalkan sistem pengajian lama oleh ulama2 salafus soleh dan kitab yang digunakan adalah original tanpa diubah maksudnya...best dobit kitab.=)


Bermulalah catatan kebahagian diriku sepanjang berjalan di jalan Allah,perubahan diriku telah berlaku dari sehari ke sehari dan aku selalu mengupadate  diriku seiap hari agar amalan yang dilakukan niat kerana Allah Taala,Subhanallah tidak terucap kata-kata saat hidayah datang menjemputku untuk kembali kepada Allah disaat aku lalai menghirup kelazatan dunia yang hanyalah sementara cuma.Sangat indah saat Allah dekat denganku,Allah mendengar rintihanku,Allah melhat segala perbuatanku,Allah menilai tiap-tiap ibadatku, Allah sentisa melihat keadaan diriku.Allah yang sentiasa mencurahkan nikmat kepadaku...apakah aku berani berpaling dariMU sedangkan Engkaulah Tuhan yang tak pernah lupakan hamba..sedangkan hamba begitu banyak melakukan dosa sepanjang hidup ini...Ya Allah Ya Tuhanku,Engkau telah berikanku hidayah dan taufikMU kepadaku saat ramai lagi seusiaku masih lalai dan leka dengan penipuan dunia..nikmat dunia yang hanya mampu dihirup sementara sedangkan nikmat syurga selama-lamanya.Ya Allah aku mohon agar Engkau tidak palingkan lagi taufik dan hidayahMU kepadaku setelah Engkau berikan kepadaku

Catatan kebahagian 2 akan menyusul seterusnya..


Blog dah bersawang

Assalamualaikum kapada semua pembaca setia blog cik rasya...hmmm dah lamakn cik rasya tak post artikel or cerita indah cik rasya,bukan apa sejak cik rasya belajar kat pondok cik rasya sibuk dengan kelas pengajian kitab...hah bolehlah cik rasya share ilmu kat kalian biar semuanya dapat manfaat dari cik rasya.Cik rasya nak minta maaflah kat kalian sebab dah lama tak share cerita indah cik rasya.Dah berapa bulan cik rasya tinggal blog ni tapi sebenarnya cik rasya selalu jenguk2 blog kesayangan cik rasya ni..mane boleh tinggal.Baiklah cik rasya janji dengan kalian semua cik rasya akan sentiasa update blog dari semasa ke semasa.cik rasya rindu kalian semua =)

Ahad, 5 Februari 2012

surat terakhir dari pemilik rusukmu


Assalamualaikum pelengkap rusukku..aku pemilik rusukmu ingin mencoret sedikit tinta sebelum aku berangkat pergi ke rumah Allah yang memungkinkan aku tidak bisa berhubung denganmu kelak...apa khabar imanmu hari? Apakah kamu sudah melaksanakan tugas wajibmu sebagai hamba? Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk menitip tinta buat kamu sebelum aku berangkat....seperti kamu tahu aku masih tidak tahu siapa kamu,di mana kamu saat ini,apakah yang kamu lakukan waktu ini..sungguh aku tidak tahu..hanya Allah yang maha mengetahui segala-galanya...di sini aku ingin berpesan kepadamu pertama sekali jaga hubungan kamu dengan Allah insyaaalah Allah menjagamu dengan hubungan manusia...kedua jadilah pemimpin dalam kalangan kamu dan peganglah amanah yang diberi sebaik mungkin keran kelak kamu akan disoal di padang mahsyar...ketiga hendaklah kamu mengamalkan sunnah Rasulullah sebaik mungkin biarpun tidak sepenuhnya sekurang-kurangnya kamu masih kesempatan untuk mengamalkannya....sayangku tidak guna kita mengungkap seribu janji nista seandainya ia akan mengheret kita ke lembah yang hina...aku tidak mahu semua itu sayangku...aku inginkan hubungan yang kita bina mendapat redha di sisinya...cinta yang dibina atas landasan yang betul....biar tidak pernah bertemu mata..tidak pernah bersua bersama...tidak mengungkap janji azimat yang nista..tidak juga bermadah cinta kerana itu bukanlah utama dalam membina mahligai bahagia..cukuplah kata kata yang membawa kita mengingati Allah...cukuplah nasihat serta teguran yang membuatkan kita lebih mendekati Yang Maha Esa...cukuplah diriku tahu dirimu punya iman dan agama..