BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 4 Februari 2012

Dimanakah pelengkap tulang rusukku?

Assalamualaikum dan selamat malam pelengkap tulang rusukku? wahai pelengkap rusukku..aku tidak tahu dimana kamu waktu ini,saat ini,detik ini..tapi aku tahu Allah telah menjagamu..wahai pelengkap tulang rusukku aku masih mencari diri aku yang sebenar..aku masih perjuangkan setiap langkah perjalananku..meskipun onak dan duri menjamah setiap perjalanan ini...wahai tulang rusukku..aku tahu kamu juga  sepertiku sedang mencari kekuatan dan cinta hakiki dari Allah..biarlah aku tetap menunggumu wahai pelengkap tulang rusukku...meskipun aku sendiri tidak tahu siapa kamu namun doaku sentiasa iringi kamu walau dimana kamu berada..wahai pelengkap tulang rusukku...aku tahu kamu cuba berusaha menjadi seorang yang soleh agar kamu dapat menjadi imam solatku bila kita diijab kabul nanti..aku juga tahu kamu belajar menjadi pemimpin yang baik agar kamu bisa memimpinku serta anak-anak soleh dan solehah yang bakal aku lahirkan..wahai pelengkap tulang  rusukku...aku tahu tanggungjawabmu begitu besar terhadap kedua ibu bapamu terutama bonda yang telah melahirkan kamu sehingga kamu menjadi insan soleh dan taat kepada Allah dan RasulNya..namun aku ingin mengingatkan kamu sebesar mana cintamu padaku...kamu harus ingat besar lagi cinta bonda terhadap kamu....aku redha jika kamu lebihkan bondamu berbanding aku kelak kerana aku mentaati kamu dan mencintai kamu kerana Allah..aku redha kerana Allah telah pilih kamu untuk memimpinku kejalan Allah...wahai pelengkap tulang rusukku..aku tidak meminta harta bertimbun-timbun,tidak juga meminta rumah mewah yang besar..tidak juga kereta mewah tetapi apa yang aku mahu cuma kehidupan yang sederhana...qanaah dalam segala perkara...sentiasa mengamalkan keluaraga mawaddah wa rahmah..dan membina baitul al muslim yang sentiasa di rahmati Allah....wahai pelengkap tulang rusukku.. aku tidak menjanjikan apa-apa untuk kehidupan kita  kelak tapi aku berjanji akan menjadi isteri yang solehah dan taat kepadamu kelak...aku akan menjalankan tugasku sebaik mungkin...wahai pelengkap tulang rusukku...sungguh aku mencintaimu kerana agama yang kamu pegang selama ini

0 comments: