BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 5 Februari 2012

surat terakhir dari pemilik rusukmu


Assalamualaikum pelengkap rusukku..aku pemilik rusukmu ingin mencoret sedikit tinta sebelum aku berangkat pergi ke rumah Allah yang memungkinkan aku tidak bisa berhubung denganmu kelak...apa khabar imanmu hari? Apakah kamu sudah melaksanakan tugas wajibmu sebagai hamba? Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk menitip tinta buat kamu sebelum aku berangkat....seperti kamu tahu aku masih tidak tahu siapa kamu,di mana kamu saat ini,apakah yang kamu lakukan waktu ini..sungguh aku tidak tahu..hanya Allah yang maha mengetahui segala-galanya...di sini aku ingin berpesan kepadamu pertama sekali jaga hubungan kamu dengan Allah insyaaalah Allah menjagamu dengan hubungan manusia...kedua jadilah pemimpin dalam kalangan kamu dan peganglah amanah yang diberi sebaik mungkin keran kelak kamu akan disoal di padang mahsyar...ketiga hendaklah kamu mengamalkan sunnah Rasulullah sebaik mungkin biarpun tidak sepenuhnya sekurang-kurangnya kamu masih kesempatan untuk mengamalkannya....sayangku tidak guna kita mengungkap seribu janji nista seandainya ia akan mengheret kita ke lembah yang hina...aku tidak mahu semua itu sayangku...aku inginkan hubungan yang kita bina mendapat redha di sisinya...cinta yang dibina atas landasan yang betul....biar tidak pernah bertemu mata..tidak pernah bersua bersama...tidak mengungkap janji azimat yang nista..tidak juga bermadah cinta kerana itu bukanlah utama dalam membina mahligai bahagia..cukuplah kata kata yang membawa kita mengingati Allah...cukuplah nasihat serta teguran yang membuatkan kita lebih mendekati Yang Maha Esa...cukuplah diriku tahu dirimu punya iman dan agama..

Sabtu, 4 Februari 2012

Dimanakah pelengkap tulang rusukku?

Assalamualaikum dan selamat malam pelengkap tulang rusukku? wahai pelengkap rusukku..aku tidak tahu dimana kamu waktu ini,saat ini,detik ini..tapi aku tahu Allah telah menjagamu..wahai pelengkap tulang rusukku aku masih mencari diri aku yang sebenar..aku masih perjuangkan setiap langkah perjalananku..meskipun onak dan duri menjamah setiap perjalanan ini...wahai tulang rusukku..aku tahu kamu juga  sepertiku sedang mencari kekuatan dan cinta hakiki dari Allah..biarlah aku tetap menunggumu wahai pelengkap tulang rusukku...meskipun aku sendiri tidak tahu siapa kamu namun doaku sentiasa iringi kamu walau dimana kamu berada..wahai pelengkap tulang rusukku...aku tahu kamu cuba berusaha menjadi seorang yang soleh agar kamu dapat menjadi imam solatku bila kita diijab kabul nanti..aku juga tahu kamu belajar menjadi pemimpin yang baik agar kamu bisa memimpinku serta anak-anak soleh dan solehah yang bakal aku lahirkan..wahai pelengkap tulang  rusukku...aku tahu tanggungjawabmu begitu besar terhadap kedua ibu bapamu terutama bonda yang telah melahirkan kamu sehingga kamu menjadi insan soleh dan taat kepada Allah dan RasulNya..namun aku ingin mengingatkan kamu sebesar mana cintamu padaku...kamu harus ingat besar lagi cinta bonda terhadap kamu....aku redha jika kamu lebihkan bondamu berbanding aku kelak kerana aku mentaati kamu dan mencintai kamu kerana Allah..aku redha kerana Allah telah pilih kamu untuk memimpinku kejalan Allah...wahai pelengkap tulang rusukku..aku tidak meminta harta bertimbun-timbun,tidak juga meminta rumah mewah yang besar..tidak juga kereta mewah tetapi apa yang aku mahu cuma kehidupan yang sederhana...qanaah dalam segala perkara...sentiasa mengamalkan keluaraga mawaddah wa rahmah..dan membina baitul al muslim yang sentiasa di rahmati Allah....wahai pelengkap tulang rusukku.. aku tidak menjanjikan apa-apa untuk kehidupan kita  kelak tapi aku berjanji akan menjadi isteri yang solehah dan taat kepadamu kelak...aku akan menjalankan tugasku sebaik mungkin...wahai pelengkap tulang rusukku...sungguh aku mencintaimu kerana agama yang kamu pegang selama ini

Jumaat, 3 Februari 2012

Hari-hari terakhir sebelum pengembaraan mencari Ilahi

Assalamualaikum pembaca blog yang baik-baik dan sentiasa melawat blog cik pinky..=) terima kasih kerana sudi membaca blog cik pinky...hari ini cik pinky nak kongsi sedikit sebanyak sebelum cik pinky meneruskan perjalanan yang agak jauh...mungkin selepas ini cik pinky tak sempat nak update blog sebab cik pinky akan tinggalkan dunia berblog..bukan untuk selamanya cik pinky akan pargi atau menghilang buat sementara...cik pinky ingin merehatkan diri,jiwa,minda serta rohani...jangan ditanya kemana cik pinky akan pergi..cukuplah kalian semua tahu cik pinky sedang tenang berehat mencari kekuatan hati dah jiwa...cik pinky sangat terharu saat menulis entry kali ini..semalam air mata cik pinky tak berhenti merembes menampar sejadah...bila cik pinky muhasabah balik banyak benar dosa cik pinky selama ni...cik pinky sangat berdosa dengan Allah...cik pinky selalu minta kebahagian sedangkan cik pinky tak pernah bahagiakanNya...cik pinky tak pernah bersyukur dengan nikmatNya...sungguh nikmat Allah sangat banyak tapi cik pinky tak menyedari semua itu...cik pinky baru sedar bahawa selama ini Allah itu dekat..biarpun kita menyimpang jauh dari jalanNya,Allah itu ada...cuma kita yang tak mrnyedari semua itu...Allah itu melihat segala perlakuan kita,kata-kata yang keluar dari sudut bibir kita dan segala-gala tentang kita...pintu taubat itu masih terbuka buat hambaNya yang lalai...cik pinky ingin kembali ke jalan yang benar...ingin ikhlaskan diri mencari Ilahi..biarpun onak duri menghalang perjalanan yang agak jauh..insyaallah cik pinky mampu meredahinya..apa yang penting niat kerana Allah...istiqamah ke jalannya...mencari diri yang merasa sudah hilang separuh darinya...biarlah perjalanan ini jauh selagi ia mampu cik pinky akan teruskan..doakan semoga cik pinky tenang dalam mencari redhaNya...selepas ini cik pinky akan kongsi banyak lagi ilmu yang bermanfaat untuk semua..doakan cik pinky agar suatu hari nanti cik pinky menjadi insan yang lebih baik berbanding hari ini...salam sayang dan rindu buat pembaca semua...

Khamis, 2 Februari 2012

Hari Ini

Assalamualaikum semua...=) urm dah lama agaknya cik pinky tak update blog...belakangan ni cik pinky sibuk dengan tugasan rumah yang perlu diselesaikan setiap hari..alhamdulillah sehingga saat ini cik pinky masih diberi peluang untuk nikmati hari-hari terindah sebelum memulakan kelas bertalaqi al quran serta kitab hadis yang lain..ilmu perlu dicari..ia tidak datang sendiri..kadang-kadang kita inginkan sesuatu tetapi belum masanya jadi sifat sabar harus diterap dalam diri...sabar itu indah..cik pinky terus berjuang agar hari yang ditunggu mungkin bertahun lamanya akan tiba saatnya...ye cik pinky terus menunggu...sedang berhalaqah tadi cik pinky ada puisi yang tidak begitu puitis tapi menyentuh segenap hati cik pinky....

Alhamdulillah 
Hari ini aku masih bernafas dibumi Allah
Hari ini aku masih lagi diberi kesempatan untuk beribadat 
Hari ini aku masih dapat menghitung kebaikanku
Hari ini aku masih dapat berbakti kepada mama 
Hari ini aku masih lagi diberi kesempatan untuk ubah diri sendiri
Hari ini aku masih lagi mengungkap rasa cinta kepada Allah dan RasulNya
Hari ini aku masih lagi dapat mendengar perkara yang baik-baik sahaja
Hari ini aku tidak bicara tentang perkara yang tidak mendatangkan pahala kepadaku
Semoga hari esok aku dapat nikmati lebih indah berbanding hari ini

Keistimewaan insan bernama wanita

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati

naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA